Operating System windows merupakan trademark dari Microsoft Corporation yang dikepalai oleh William Bill Gates (pemilik). Perusahaan Microsoft memasarkan system operasi windows versi pertama pada tahun 1985. windows sebagai sebuah system operasi sebenarnya belum bekerja sepenuhnya sebagai suatu platform, tetapi masih bekerja di bawah DOS. Ini berarti sebelum windows dioperasikan, system operasi DOS sudah harus digunakan terlebih dahulu yang kemudian windows dipanggil melaui DOS tersebut. Kemudahan windows dibandingkan denga DOS adalah kemudahannya untuk digunakan (user friendly), karena menggunakan system GUI, multitasking, dan dapat mentransfer informasi diantara apikasi atau dari satu windows ke windows lainnya. Walaupun demikian, windows versi 1.0 tidaklah popular dan kurang diminati karena berbagai alas an sebagai berikut. Yang pertama adalah windows 1.0 beroperasi dengan lambat disebabkan pada waktu itu prosesor yang digunakan kurang mendukung, yaitu Intel 8088 dan 80286 yang kecepatannya relatif masih rendah. Yang kedua adalah masih sedikitnya perangkat lunak yang ditulis untuk system operasi ini.
Seiring perkembangannya, pada tahun 1990 popularitas windows melalui Windows 3.0 meningkat dengan cepat. Keberhasilan windows 3.0 tidak terlepas dari dukungan prosesor Intel 80486 yang sudah cukup cepat di komputer IBM PC/486. Setahun kemudian pada tahun 1991, windows versi 3.1 diluncurkan unutk memperbaiki kesalahan-kesalahan di versi sebelumnya.
Akhirnya pada musim panas tahun 1995, Microsoft mengeluarkan Windows 95 yang memiliki kelebihan dari windows versi 3.x. Windows 95 sudah tidak beroperasi dibawah platform DOS, sehingga operasinya lebih cepatdibandingkan dengan windows versi sebelumnya. Kelebihan lainnya adalah kemempuan PnP (Plug-and-play). Dengan kemampuan ini, jika sebuah alat peripheral ditambahkan di didtem komputernya,alat ini tidak perlu diinstalasi, tetapi cukup dipasang (plug) saja dan siap dimainkan (play).
Kemudian windows mulai diembangkan ke versi-versi berikutnya seperti Windows 98, Windows 2000, Windows XP, dan yang terbaru saat ini adalah Windows Vista.
Walaupun kini Windows Vista telah diluncurkan, namun agaknya para pengguna komputer sulit untuk melepaskan Windows XP. Windows XP sebelumnya dikenal dengan kode sandi "Whistler", yang mulai dikembangkan oleh para pengembang Microsoft pada pertengahan tahun 2000-an. Bersamaan dengan proyek ini, Microsoft juga tengah menggarap proyek Windows generasi baru penerus Windows Me (Millennium Edition) yang dinamakan dengan kode sandi "Windows Neptune" yang diproyeksikan sebagai "Windows NT versi rumahan".
Setelah Windows ME dianggap kurang sukses menyaingi kesuksesan Windows 98, Microsoft pun akhirnya memutuskan untuk mengawinkan dua buah sistem operasi Windows tersebut (sistem operasi berbasis Windows NT dan sistem operasi berbasis Windows 9x) ke dalam sebuah produk. Itulah yang kita kenal sekarang dengan Windows XP.
Windows XP muncul dalam banyak jenis:
· Windows XP Professional
· Windows XP Home Edition
· Windows XP Media Center Edition
· Windows XP Tablet PC Edition
· Windows XP Starter Edition
· Windows XP Professional x64 Edition
· Windows XP Professional 64-Bit Edition for Itanium
2. linux
Kernel Linux pada awalnya ditulis sebagai hobi oleh pelajar universiti Finland Linus Torvalds yang belajar di Universiti Helsinki, sebagai menyerupai kernel Minix yang bebas dan boleh sunting. (Minix adalah projek pelajaran menyerupai UNIX direka untuk mudah dan bukannya untuk kegunaan perniagaan.) Versi 0.01 dikeluarkan ke Internet pada September 1991, Versi 0.02 pada 5 Oktober 1991. [1]
Berikutnya, beribu penulis perisian sukarelawan seluruh dunia telah menyertai projek ini. Lihat juga The Cathedral and the Bazaar, rencana terkenal mengenai model pembangunan kernel Linux dan atur cara seumpamanya.
Sejarah sistem pengendalian berasaskan Linux berkait-rapat dengan projek GNU, projek perisian bebas terkenal diketuai oleh Richard Stallman. Projek GNU bermula pada 1983 untuk membangunkan sistem pengendalian seperti UNIX lengkap — pengkompil, atur cara aplikasi, utiliti pembangunan dan seterusnya — dikarang sepenuhnya dengan Perisian Bebas. Pada 1991, apabila versi pertama kerangka Linux ditulis, projek GNU project telah menghasilkan hampir kesemua komponen sistem ini — kecuali kernel. Torvalds dan pembangun kernel seperti Linux menyesuaikan kernel mereka supaya dapat berfungsi dengan komponen GNU, dan seterusnya mengeluarkan sistem pengendalian yang cukup berfungsi. Oleh itu, Linux melengkapkan ruang terakhir dalam rancangan GNU.
Walaupun kernel Linux dilesenkan di bawah Lesen Awam Am GNU, ia bukannya sebahagian daripada projek GNU.
Tux, seekor Penguin, merupakan logo dan maskot bagi Linux. Linux adalah tanda dagangan (SN: 1916230) yang dimiliki oleh Linus Torvalds. Ia didaftar sebagai "Perisian sistem pengendalian komputer bagi penggunaan komputer dan operasi". Tanda dagangan ini diletak setelah berlaku suatu kejadian di mana seorang peguam bernama William R Della Croce Jr mula menghantar surat kepada para pengedar Linux yang mendakwa tanda dagangan Linux adalah kepunyaannya serta meminta royalti sebanyak 10% daripada mereka. Para pengedar Linux mula mengumpul sumber serta membuat rayuan agar tanda dagangan yang asal diberi kepada Linus Torvalds. Perlesenan tanda dagangan Linux sekarang dikendali oleh Linux Mark Institute.
Edaran Linux
Rencana utama: Edaran Linux
Terdapat banyak edaran Linux (lebih dikenali sebagai distro), yang dibangunkan oleh individu, koperasi, dan pertubuhan lain. Setiap satunya mungkin disertakan dengan perisian sistem dan program aplikasi tambahan, di samping menyertakan suatu program yang memasang keseluruhan sistem dalam komputer baru.
Jenis-jenis distro linux:
1. Linspire
2. Mepis/Simply Mepis (cocok buat Laptop)
3. PCLinux OS (tampilanya kayak Windows lho!!!)
4. Ubuntu (my favorite Linux)
5. Xandros
6. OpenSuse (it’s cool) dsb.
Teras bagi setiap edaran Linux termasuk inti Linux, koleksi perisian daripada projek GNU (atau projek lain), cangkerang, dan atur cara utiliti seperti pustaka, pengkompil, dan penyunting teks. Kebanyakan sistem juga menyertakan atur cara dan utiliti yang bukan-GNU, bagaimanapun atur cara-atur cara tersebut boleh diasingkan dan masih menyediakan sistem ala UNIX. Beberapa contoh adalah atur cara dan utiliti daripada BSD dan X-Window System. X menyediakan antara muka pengguna grafik yang asas bagi sistem Linux.
Kebanyakan edaran Linux menyertakan pelbagai perisian berkualiti. Lihat Senarai perisian sumber terbuka.
Penggunaan sistem pengendalian berasaskan Linux
Pengguna Linux, yang secara tradisinya perlu memasang dan melakukan tatarajah terhadap sistem sendiri, lebih cenderung terhadap teknologi berbanding pengguna Microsoft Windows atau Mac OS. Mereka sering mendapat gelaran "hacker" atau "geek". Bagaimanapun stereotaip begini semakin kurang dengan peningkatan sifat ramah-pengguna dan berleluasannya pengguna edaran Linux. Linux telah membuat pencapaian yang agak baik dalam pasaran komputer pelayan dan komputer tujuan khas. Contohnya, mesin render imej, dan khidmat web. Linux juga mula popular dalam pasaran komputer atas meja.
Linux merupakan asas kepada kombinasi perisian-pelayan LAMP, kependekan daripada Linux, Apache, MySQL, Perl/PHP/Python. LAMP telah mencapai populariti yang luas dalam kalangan pembangun Web.
Linux juga sering digunakan sebagai sistem pengendalian terbenam. Kos Linux yang murah memungkinkan penggunaannya dalam peralatan seperti Simputer, iaitu komputer kos rendah yang disasarkan pada penduduk berpendapatan rendah di negara-negara membangun.
Dengan persekitaran atas meja seperti KDE dan GNOME, Linux menawarkan antara muka pengguna yang lebih menyerupai Apple Macintosh atau Microsoft Windows daripada antara muka baris perintah seperti UNIX. Justeru itu, lebih banyak perisian grafik boleh didapati pada Linux, yang menawarkan kebanyakan fungsi yang ada pada atur cara dagangan.
3.unix
Pada 1960an, Massachusetts Institute of Technology (MIT), AT&T Bell Labs dan General Electric bekerjasama dalam satu sistem pengendalian percubaan yang dipanggil Multics (Multiplexed Information and Computing Service), yang telah direkabentuk untuk digunakan ke atas komputer kerangka utama GE-645. Tujuannya adalah untuk mencipta sistem pengendalian interaktif yang mempunyai banyak kemampuan yang luarbiasa, termasuk peningkatan ciri-ciri keselamatan. Projek tersebut berjaya menghasilkan pengeluaran yang boleh digunakan, tetapi pada awalnya, pengeluaran ini mempunyai prestasi yang agak mengecewakan.
AT&T Bell Labs telah menarik diri dan mengalihkan sumber-sumbernya ke tempat lain. Salah seorang dari pemaju dari kumpulan AT&T Bell Labs, iaitu Ken Thompson, terus memajukannya untuk komputer kerangka utama GE-645, dan menulis permainan komputer yang dipanggil "Space Travel". Walau bagaimanapun, dia mendapati permainan tersebut sangat perlahan pada komputer GE. Dengan kos $75 sekali lalu dalam masa perkomputeran yang amat terhad, ian juga amat mahal.
Thompson menulis semula permainan tersebut di dalam DEC PDP-7 menggunakan bahasa perhimpunan dengan bantuan Dennis Ritchie. Pengalaman tersebut digabung pula dengan kerjanya dalam projek Multics, mengilhamkan Thompson untuk memulakan sistem pengendalian yang baru untuk DEC PDP-7. Thompson dan Ritchie yang mengetuai sekumpulan pemaju, termasuk Rudd Canaday, di Bell Labs, membangunkan sistem fail dan juga sistem pengendalian penugasan berbilang yang baru. Mereka memasukkan pentafsir arahan dan beberapa atur cara utiliti yang kecil. Projek tersebut digelarkan UNICS oleh Brian Kernighan, singkatan bagi "Uniplexed Information and Computing System", kerana ia boleh menyokong dua pengguna pada masa yang sama. Disebabkan UNICS mempunyai makna yang tidak elok, ia kemudian telah ditukar kepada UNIX dan sejarah kelahirannya pun bermula.
Pada 1973, keputusan telah dibuat untuk menulis semula UNIX di dalam bahasa pengaturcaraan C. Perubahan ini bermakna UNIX pada masa hadapan akan lebih mudah diubahsuai untuk digunakan pada komputer yang berlainan (dengan itu menjadi boleh pindah), dan variasi yang berlainan boleh dibangunkan oleh pemaju yang lain. Kodnya sekarang yang kini lebih padat dan ringkas menyebabkan perkembangan pesat dalam pembangunan UNIX. AT&T menjual UNIX secara perlesenan kepada universiti dan firma komersial, termasuknya kerajaan Amerika Syarikat. Perlesenan ini merangkumi kesemua kod sumber kecuali kernel untuk komputer yang tertentu, yang mana ia ditulis menggunakan kod perhimpunan PDP-11.
Pembangunannya diteruskan, dengan versi 4, 5 dan 6 telah dikeluarkan sehingga 1975. Kemudian versi ini menambah 'paip', menjadikan pembangunan kod asas yang lebih modular, pertumbuhan pembangunnya sentiasa bertambah. Sehingga 1978, lebih 600 komputer telah menggunakan UNIX dalam pelbagai keadaan. Versi 7, versi terakhir Penyelidikan UNIX akan dikeluarkan secara meluas, ia telah dikeluarkan pada 1979. Versi 8, 9 dan 10 telah dibangunkan sepanjang 1980-an tetapi ia hanya dikeluarkan kepada beberapa universiti, walaupun ia menghasilkan beberapa kertas yang menjelaskan cara kerjanya yang baru. Penyelidikan ini telah memacu pembangunan Pelan 9, satu sistem pengagihan yang baru.
1980-an
AT&T membina UNIX Sistem III, berasaskan Versi 7, sebagai versi komersial dan menjual produk tersebut secara terus. Versi pertamanya telah dilancarkan pada 1982. Walau bagaimanapun subsidiarinya, Western Electric, terus menjual versi UNIX lama, berasaskan sistem UNIX (versi 1 hingga 7). Untuk menamatkan kekeliruan diantara semua versi yang berbeza, AT&T telah mencantumkan pelbagai versi yang dibina di lain-lain universiti dan syarikat kedalam UNIX Sistem V Terbitan 1. Versi ini memperkenalkan perbagai ciri seperti 'penyunting vi' dan 'curses' ("curses" ialah perpustakaan perisian untuk sistem Unix dan serupanya yang dikawal oleh terminal), dari "UNIX Berkeley Software Distribution" yang dibangunkan oleh University of California, Berkeley (UCB). Ia juga menyokong komputer DEC VAX.
UNIX komersial yang baru dikeluarkan tidak lagi mengandungi kod sumber dan juga UCB masih terus membangunkan BSD UNIX sebagai alternatif kepada UNIX Sistem III dan V, yang pada asalnya atas senibina PDP-11 (keluaran BSD 2.x, berakhir dengan versi 2.10). Apapun aspek yang paling penting dalam usaha pembangunan BSD adalah penambahan kod rangkaian TCP/IP kepada kernel UNIX yang dipakaiguna umum. Usaha BSD menghasilkan lapan keluaran yang ketara yang mengandungi kod rangkaian: 4.1c, 4.2, 4.3, 4.3-Tahoe ("Tahoe" merupakan nama panggilan senibina CCI Power 6/32 yang merupakan port bukan-DEC bagi kernel BSD, 4.3-Reno (untuk menyamakan penamaan "Tahoe", dan merupakan keluaran yang diperjudikan), Net2, 4.4, and 4.4-lite. Kod rangkaian yang terdapat dalam keluaran ini merupakan asal usul kepada boleh dikatakan semua kod rangkaian TCP/IP yang digunakan pada hari ini, termasuk kod yang kemudiannya dikeluarkan oleh AT&T dan Microsoft Windows.
Lain-lain syarikat mula menawarkan versi komersial UNIX untuk komputer mini atau stesen kerja komputer mereka. Kebanyakan UNIX komersial ini dibangunkan dari asas Sistem V dibawah lesen AT&T. Yang lainnya memilih BSD. Seorang dari pemaju utama BSD, Bill Joey, menubuhkan Sun Microsystems pada 1982 dan mencipta SunOS (sekarang Solaris) untuk stesen kerja komputer mereka. Pada 1980, Microsoft mengumumkan UNIX pertama mereka untuk pemproses 16-bit yang dipanggil Xenix, dimana Santa Cruz Operation (SCO) mencambahkannya kedalam pemproses Intel dalam tahun 1983, dan pada akhirnya mencawangkan Xenix kedalam SCO UNIX dalam tahun 1989.
AT&T menambah pelbagai ciri kedalam UNIX Sistem V, seperti penguncian fail, pentadbiran sistem, kawalan kerja (berdasarkan ITS), strim, sistem fail jauh dan TLI. Bagaimanapun diantara tahun 1987 dan 1988, AT&T membuat keputusan untuk menggabungkan Xenix, CSD, SunOS dan Sistem V kedalam Sistem V Terbitan 4 (SVR4). Keluaran baru menggabungkan kesemua ciri-ciri terdahulu kedalam satu bungkusan, dan menyuarakan berakhirnya persaingan versi. Ia juga meningkatkan bayaran lesen yang amat ketara.
1990-an
Pada 1991, sekumpulan pemaju BSD (Donn Seeley, Mike Karels, Bill Jolitz, and Trent Hein) telah meninggalkan University of California untuk menubuhkan Berkeley Software Design, Inc. (BSDI). BSDI merupakan syarikat yang pertama mengeluarkan versi BSD UNIX yang berfungsi sepenuhnya untuk pelantara Intel yang mudah dan boleh didapati dimana saja, ia telah memulakan gelombang dalam penggunaan perkakasan yang murah dalam penghasilan perkomputeran. Tidak lama selepas ia ditubuhkan, Bill Jolitz telah meninggalkan BSDI untuk menghasilkan edaran 386BSD, yang secara amnya dikenali sebagai usul asal perisian-percuma FreeBSD, OpenBSD, and NetBSD.
Sehingga 1993 kesemua dari vendor komersial UNIX telah menukar variasi komersial mereka berasaskan SVR4, dan banyak ciri-ciri BSD ditambah ke atasnya.
Tidak lama selepas UNIX Sistem V Terbitan 4 dikeluarkan AT&T telah menjual segala hak mereka atas UNIX kepada Novell. Novell membangun kan versinya sendiri yang dipanggil UnixWare, mencantumkan Netwarenya dengan UNIX Sistem V Terbitan 4. Novell cuba menggunakan ini untuk menentang Windows NT, tetapi pasaran utama mereka terjejas dengan teruknya.
Pada 1994, Novell mengambil keputusan untuk memecahkan longgokan aset UNIX dan menjual sebahagian daripadanya. Cap dagangan UNIX dan hak persijilan dijual kepada X/Open Consortium, yang merupakan kumpulan industri yang menetapkan "Piawaian UNIX". Akhirnya, X/OPEN and OSF (pesaing piawaian SVR4) bergabung dan membentuk Open Group. Beberapa piawaian oleh Open Group kini menetapkan apa yang merupakan dan apa yang tidak merupakan sistem pengendalian 'UNIX'.
Pada 1995, pentadbiran perniagaan dan sokongan lesen UNIX yang wujud serta hak untuk meneruskan pembangunan kod asas Sistem V telah dipindahkan kepada Santa Cruz Operation. Novell mengekalkan hakcipta, hak veto terhadap aktiviti pelesenan SCO, dan 95% hasil-hasil lesen.
2000-an
Pada 2000, Santa Cruz Operation menjual kesemua aset dan perniagaan UNIX kepada Caldera Systems, yang kemudian menukar namanya kepada SCO Group. Pemain baru ini memulakan kempen perundangan keatas beberapa pengguna dan vendor Linux. SCO Group telah menawarkan beberapa teori perundangan terhadap beberapa kes. Selain mendakwa pelanggaran rahsia perniagaan oleh IBM, atau pelanggaran kontrak oleh bekas Santa Cruz yang telah bertukar kepada Linux. Teori yang paling jauh adalah kerja pembangunan yang dibuat oleh IBM keatas AIX dianggap kerja sampingan dan dengan sebab itu ia dianggap milik SCO. Jika ini benar, ia juga akan memberi kesan kepada semua lesen UNIX.
Walau bagaimanapun, Novell telah membantah kenyataan SCO group sebagai pemegang hakcipta sumber asas UNIX. Menurut Novell, SCO (begitu juga SCO group) hanya sebagai pemegang francais Novell. SCO group tidak bersetuju dengan ini, dan pertelingkahan ini menghasilkan kes saman SCO lawan Novell.
Sesungguhnya pada tika dan saat ini, SCO Group memegang hak ke atas kod sumber UNIX, Open Group memegang hak ke atas cap dagangan UNIX.
4.beos
BeOS adalah sebuah sistem pengoperasian yang dibangunkan oleh Be Incorporated antara tahun 1990 sehingga 2001 sebagai sebuah sistem pengoperasian dengan penekanan kepada kemampuan multimedia.
Sistem ini adalah sebuah sistem pengoperasian yang amat modular, berasaskan kod baru sepenuhnya (walaupun sistem direktori failnya mirip dengan sistem yang berasaskan UNIX dan Bash disertakan bersama sistem ini, sistem ini bukan berasaskan UNIX, bahkan ia tidak memenuhi piawaian POSIX sepenuhnya), dikhususkan untuk kerja media digital - audio digital, video digital, dan grafik 3D dan animasi. Tidak seperti UNIX, sistem ini direka untuk pengguna tunggal. Ciri-ciri utama adalah sokongan untuk multiprosessor dan penekanan pada kecekapan tinggi, lebar jalur input/output modular dan multibebenang yang meluas untuk pelaksanaan awal multitugas, fleksibiliti grafik, dan tindakbalas masa sebenar. Ia memiliki sistem fail jurnal 64-bit beserta indeks yang dipanggil Be File System atau BFS, tetapi ia tidak menggunakan model pangkalan data (database), sebaliknya ia bergantung kepada tindakbalas sistemnya yang pantas untuk membina jurnal dan membuat kueri pada masa pelaksanaan. Pengantaramuka pengguna grafikal (GUI) baru yang multibebenang dibangunkan diatas dasar terang dan bersih serta senireka tidak berserabut. Pengantaramuka aturcara applikasi (API) sistem pengoperasi ini ditulis dalam C++ untuk memudahkan pengaturcaraan applikasi. Ia memenuhi sebahagian daripada piawaian POSIX dan pengantaramuka baris perintah (CLI) Bash.
Pada awalnya sistem pengoperasi ini digunakan pada perkakasannya yang tersendiri, BeBox; seterusnya ia disuaireka untuk diguna pada komputer berasaskan pemproses PowerPC dan akhirnya dipindahsuai ke komputer berasaskan pemproses Intel. Walaupun Apple telah mengemukakan hasrat untuk mengganti Mac OS dengan BeOS secara umum, sistem ini masih tidak dapat mencapai pasaran yang memuaskan. Pada tahun 2001, semua hakmilik intelektual Be dijual kepad Palm, Inc.. BeOS 5 adalah versi rasmi terakhir BeOS yang dikeluarkan oleh Be, walaupun terdapat pembaharuan yang cukup mapan masih dibangunkan sebelum Be diisytiharkan muflis.
Pada Februari 2001, Be Inc. telah mengfailkan saman terhadap Microsoft. Microsoft mengamalkan urusan pelesenan eksklusif dengan pembuat komputer persendirian, menghalang pengeluaran komputer dipasangkan kedua-dua sistem pengoperasi Windows dan sistem pengoperasi lain (seperti BeOS) sekaligus. Pihak Be menyatakan bahawa tindakan anti-saingan ini menghalang mereka daripada mendapat tempat dalam pasaran dan seterusnya memaksa mereka undur dari pasaran. Malahan, ketua pegawai Eksekutif (CEO) Be Inc. (Jean-Louis Gassée) pernah menawarkan BeOS secara percuma kepada pembuat komputer persendirian yang sanggup dwi-but Windows dan BeOS, tetapi tiada yang menerima tawaran tersebut. Pada 5 September 2003, Microsoft dan Be Inc. selesaikan kes tersebut dengan Be Inc. menerima $23.2 juta dolar dan Microsoft dilepaskan dari tuduhan anti-saingan terbabit.
Be, Inc. masih mengekalkan laman web untuk pemegang saham di http://www.beincorporated.com. Salah seorang pekerja Be, Inc. telah menjual domain be.com untuk sejumlah bayaran yang besar kepada sebuah syarikat Hong Kong, tetapi beincorporated.com masih kekal sebagai hubungan teknikal domain terbabit.
5.mac os
MacOs dibangunkan oleh sebuah syarikat iaitu Apple Corp. yang terletak di California, Amerika Syarikat. MacOs tidak boleh dijalankan di PC biasa atau dengan lebih tepat lagi, ia tidak boleh dijalankan pada cip-cip Intel dan rakan-rakannya. (AMD, Cyrix dll.). MacOs dibangunkan untuk chip mikropemproses yang dibuat oleh Motorolla seperti cip-cip 6800,68020,68030 dan yang terbaru mikropemproses G4. Ini bermakna, aturcara-aturcara DOS atau Windows tidak boleh dijalankan di MacOs dan sebaliknya. MacOS adalah suatu sistem pengoperasian yang powerful dan mempunyai pelbagai kelebihan terutamanya dengan gandingan penggunaan perkakasan terbaru yang dikeluarkan oleh Apple seperti iMac, Apple G3, G4, Macintosh G4 Power Cube dan lain-lain.
Diantara Kelebihan-Kelebihan MacOs adalah:
1.Pantas dan laju.
2.Grafik yang menarik dan sesuai untuk hardcore designer kerana ianya dapat melakukan tugas-tugas image editing dengan lebih pantas, berkesan, serta menarik. Contohnya, beberapa fetures dalam Adobe Phostoshop yang agak mustahil dilakukan didalam versi Windows.
3.Ianya adalah sistem pengoperasian yang paling mudah di dunia .
4.Pengurusan system files yang lebih baik, iaitu dengan meletakkannya ditempat yang tersusun. Ini membolehkan pengurusan hard disk lebih efisyen.
5.Driver hardware yang lebih mudah untuk diuruskan.
6.Untuk mensetup TCP/IP di MacOS, ianya adalah lebih mudah jika dibandingkan dengan Windows. Jadi, ianya sesuai untuk everage users.
7.Untuk menginstall MacOs, ia hanya memakan masa sebanyak 15 minit sahaja, sementara Windows98 selama 30 hingga 75 minit.
8.Terlalu banyak kelebihan MacOs untuk disenaraikan disini, untuk mengetahui dengan lebih lanjut silalah melawat ke: http://www.apple.com/whymac/
Pada pendapat peribadi, tarikan utama MacOS adalah kerana hardware-nya yang powerful. Sebagai contoh, cip pemprosesan G4 adalah lebih pantas daripada Pentium III yang sama kelajuannya (Cpu Clock). Begitu juga dari segi cache, Sistem VGA, dan sebagainya. Selain itu, Apple juga mengeluarkan komputer yang mempunyai design yang menarik, dan ia juga boleh dikatakan sebagai komputer yang paling menarik di dunia. Apple Macintosh G4 PowerCube pula adalah sebuah superkomputer yang paling kecil,
Mac OS, yang bererti Macintosh Operating System, atau Sistem Pengoperasi Macintosh, adalah sistem pengoperasi komputer Apple untuk komputer Apple Macintosh. Mac OS merupakan sistem pengoperasian pertama yang menggunakan antarmuka pengguna grafik (Graphical User Interface -- GUI). Pasukan Macintosh termasuk Bill Atkinson, Jef Raskin dan Andy Hertzfeld.
Terdapat pelbagai pandangan bagaimana Macintosh dibangunkan dan di mana ide asal bermula. Walaupun kaitan antara Macintosh dan projek Alto di Xerox PARC telah luas diperkatakan dalam rekod sejarah, sumbangan awal Sketchpad oleh Ivan Sutherland dan Sistem di Talian (On-Line System) oleh Doug Engelbart tidak kurang pentingnya. Lihat Sejarah GUI, dan Apple v. Microsoft.
Apple sengaja merendahkan kewujudan sistem pengoperasi pada tahun awal kemunculan Macintosh untuk menjadikan Macintosh kelihatan lebih ramah pengguna dan membezakannya daripada sistem lain seperti MS-DOS, yang digambarkan sebagai ajaib (arcane) dan mencabar secara teknikal. Apple mahu Macintosh digambarkan sebagai sistem yang “terus berfungsi” apabila anda menghidupkannya.
Versi
Sistem Operasi Macintosh pada awalnya dikenali sebagai Sistem, seperti “Sistem 6.0.7″ atau “Sistem 7“. Pada awalnya juga dikenali sebagai Kotak Perkakasan “Toolbox”; yang mengandungi himpunan rutin piawaian yang boleh digunakan bagi menggantikan pautan kepada perkakasan komputer itu sendiri.
Pengabstrakan ini yang membenarkan applikasi Mac ditulis untuk satu generasi sistem digunakan pada generasi berikutnya, sebagai contoh: dari Mac Plus kepada Mac II, kepada PowerBook, kepada Power Macintosh. Pada awalnya Apple sengaja mengaburkan kewujudan sistem operasi ini bagi membezakan Mac daripada sistem lain seperti MS-DOS, yang digambarkan sebagai lebih sukar digunakan berbanding Mac. Istilah seperti “sistem” dan “kotak perkakasan (the toolbox)” merupakan cara mudah untuk merujuk kepada perkhidmatan sistem operasi dan Macintosh API seterusnya mengelakkan penggunaan istilah teknikal (technical jargon). Sehingga kemunculan era sistem G3 (yang dikenali sebagai mesin “dunia baru”), sebahagian besar sistem disimpan dalam ROM fizikal pada papan induk, dan juga komponen sistem pada cakera yang menambah, mengesampingkan (override)atau memperbaiki rutin ROM. Tujuannya ialah untuk mengelakkan penggunaan terlalu banyak ruang simpanan dalam cakera liut yang terhad untuk sistem sokongan, kerana komputer Mac yang terawal tidak mempunyai cakera keras. Sebenarnya cuma satu model Mac yang boleh dijalankan (bootable) menggunakan ROM sahaja, iaitu model Mac Klasik 1991.
Sistem 7.5.1 merupakan sistem pertama yang memasukkan logo Mac OS (muka tersenyum (smiley face) biru). Mac OS 7.6 (yang dikeluarkan pada 1996) merupakan sistem pertama yang dinamakan Mac OS kerana wujudnya “klon-klon” Mac, sistem yang hampir serupa daripada syarikat-syarikat lain seperti Power Computing dan Motorola, dan Apple hendak memberitahu dengan jelas bahawa sistem operasiannya merupakan hak milik intelektualnya sendiri.
Sistem Mac OS boleh dibahagikan kepada dua jenis:
Mac OS “Klasik”, sistem yang mula-mula dikeluarkan untuk Mac yang pertama pada tahun 1984 hinggalah Mac OS 9.
Mac OS X (huruf “X” itu disebut sepuluh, iaitu nombor Roman) yang lebih baru. Mac OS X memasukkan unsur-unsur BSD Unix, OpenStep, dan Mac OS 9. Sistem tahap rendah asasnya, Darwin yang berasaskan Unix, merupakan sumber terbuka.
6. Petros
Apakah itu PetrOS?
PetrOS adalah sebuah sistem pengoperasian 32-bit terbaru untuk platform PC (komputer peribadi) yang akan dikeluarkan oleh syarikat Trumpet Software International Pty Ltd (Trumpet). Syarikat Trumpet ini juga merupakan syarikat yang telah memperkenalkan perisian Trumpet Winsock iaitu pendail kepada Internet pada 1994. Menurut Trumpet, PetrOS adalah kecil, bermodular, mudah digunakan dan tidak memerlukan sumber perkakasan yang tinggi.
Mengapa PetrOS dibangunkan?
PetrOS telah dihasilkan oleh Peter Tattam (salah seorang kakitangan Trumpet) kerana beliau merasakan terdapat sebuah peluang yang baik untuk mengadakan sistem pengoperasian alternatif kepada sistem pengoperasian yang ada sekarang. PetrOS dibina berdasarkan kepada prinsip utama iaitu sebuah sistem pengoperasian yang bersaiz kecil dan bermodular. PetrOS bukanlah sebuah rupabentuk desktop seperti Desktop Theme atau Windowblinds tetapi sebuah perisian sistem pengoperasian yang pantas dan cekap tanpa memerlukan kehendak perkakasan yang tinggi. Ia berbeza daripada sistem berasaskan UNIX kerana UNIX susah hendak digunakan dan memerlukan individu yang mahir dengannya. Projek PetrOS telah diasaskan sejak 1992 dengan tujuan untuk membina sebuah produk berasaskan motto "thin client model" atau model pelanggan tipis. Contohnya, jika anda menggunakan Java dalam sebuah pelayar Web maka Java akan menyediakan sebuah rangkakerja (framework) dan sebuah program untuk menjalankan Java itu di mana ia dibuka. PetrOS telah dibangunkan dalam dua tahap aliran pembangunan. Sebuah sistem yang sesuai untuk semua pengguna yang bergantung kepada sebuah sistem pengoperasian dan antaramuka pengguna bergrafik (GUI). Kedua-dua ciri ini akan dibangunkan secara berasingan dan dipasangkan kepada PetrOS, dengan itu ia boleh menanggung pasaran yang lebih luas. Oleh kerana ramai pengguna mahukan sebuah GUI yang menarik daripada PetrOS maka Trumpet telah merancangkan sebuah antaramuka yang terbaik.
Ciri-ciri PetrOS
PetrOS telah direka dan dibina berdasarkan kepada prinsipal menggunakan bahasa tahap tinggi (high level language) berasaskan kepada Object Pascal. Semua tahap projek penghasilan PetrOS telah menggunakan prinsipal yang dikenali sebagai KISS (Keep It Small and Simple).
Beberapa ciri utama PetrOS adalah:
1.Lapisan kernel mikro sebesar 100KB bagi membenarkan lebih memori untuk aplikasi.
2.Sebuah sistem TCP/IP yang berfungsi sepenuhnya dalam sebuah saiz yang kecil iaitu 200 KB.
3.Dimuatkan (loading) dengan cepat dan mudah dikendalikan.
4.Ia boleh menggunakan komputer 486 dan yang lebih tinggi pemprosesnya.
5.Kehendak minima memori ialah 2MB.
6.Pemacu (driver) peranti piawai dibina secara dalaman (built in).
7.Mampu menjalankan pelbagai tugas (multitasking) sepenuhnya.
8.Mempunyai modul pemacu
9.Menggunakan memori berbentuk halaman maya (virtual paged)
10.Membenarkan konfigurasi komputer yang telah disedia ada iaitu sebelum menggunakan PetrOS.
11.Menggunakan format dan struktur cakera piawai yang telah ditetapkan oleh industri.
Pasaran
Trumpet telah memperkenalkan sebuah proses pengenalan produk kepada beberapa penguji beta yang terdiri daripada pelanggan tetap dan pengguna produk Trumpet. Dengan menggunakan konsep shareware para penguji atau pengguna boleh memberikan pandangan terhadap bentuk dan kandungan PetrOS. Dengan itu PetrOS akan dianggap sebagai perisian ramah pengguna dan dapat disesuaikan dengan kehendak pengguna. Produk ini juga boleh dipindah terima dengan mudah seperti perisian shareware yang lain serta mudah untuk mendapatkan pengemaskini menerusi Internet. Kos PetrOS adalah di antara AS$20 sehingga AS$100 dan ini adalah murah berbanding dengan sistem pengoperasian yang sedia ada.
Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang PetrOS daripada laman Web Trumpet (http://www.trumpet.com.au/)
7.posix
singkatan dari Portable Operating System Interface for UNIX, adalah sebuah standar yang dicetuskan oleh Institute of Electical and Electronics Engineers (IEEE) yang mendefinisikan sekumpulan layanan dalam sistem operasi. Program-program yang mendukung standar POSIX dapat secara mudah di-port dari satu sistem ke sistem lainnya. POSIX menjadi basis dalam layanan sistem operasi UNIX. Meskipun demikian, POSIX juga dibuat demikian agar sistem operasi lainnya dapat mengimplementasikan layanan POSIX. Standardisasi ini dilakukan sejak tahun 1985. Nomor standar formalnya adalah IEEE 1003 dan kemudian menjadi standar internasional menjadi ISO/IEC 9945. Istilah POSIX sendiri diusulkan oleh Richard Stallman, sebagai respons dari permintaan IEEE untuk nama yang mudah diingat.
POSIX menentukan antarmuka pengguna dan antarmuka perangkat lunak terhadap sistem operasi dalam 15 dokumen yang berbeda. Antarmuka pengguna standar dalam POSIX adalah Korn shell yang digunakan untuk memasukkan perintah command-line dan pembuatan skrip. Program-program pengguna lainnya juga dimasukkan ke dalam standar, seperti awk, echo, ed, dan ratusan program lainnya. POSIX juga mendefinisikan pustaka API standar untuk thread (POSIX Thread) yang banyak diimplementasikan di sistem operasi modern. Sementara itu, layanan-layanan level program yang dimasukkan ke dalam standar adalah input/output dasar (file, terminal, dan jaringan). POSIX juga mendefinisikan bagaimana melakukan pengujian terhadap sebuah aplikasi apakah mendukung POSIX atau tidak, yang disebut dengan POSIX Confirmance Test Suite (PCTS).
8.Haiku
Haiku, sebelumnya dikenal sebagai OpenBeOS, adalah sebuah proyek sistem operasi open source untuk menciptakan Be Operating System pada komputer x86 dan PowerPC. Dimulai sebagai "OpenBeOS" pada 2001 setelah Be dibeli oleh Palm, Inc. dan BeOS tidak lagi dilanjutkan. Pada 2004 nama baru dipilih untuk menghindari pelanggaran hak nama Palm. Proyek ini dikendalikan oleh Haiku Incorporated, sebuah perusahaan nirlaba di New York.
9.IBM OS/2
IBM OS/2 adalah sistem operasi yang dibuat secara bersama-sama oleh International Business Machine Corporation dan Microsoft Corporation, untuk digunakan pada komputer IBM PS/2, (pengganti komputer IBM PC/AT), sebagai pengganti sistem operasi DOS yang telah lama digunakan. Kata OS/2 adalah singkatan dari Operating System/2. Pengembangan sistem operasi ini dilakukan oleh kedua perusahaan tersebut, dengan menggunakan perjanjian Joint Development Agreement (JDA) yang ditandatangani pada tahun 1987. Sistem operasi tersebut didesain agar dapat menggunakan kemampuan penuh dari mikroprosesor Intel 80286, termasuk di antaranya adalah modus terproteksi (protected mode), mampu menjalankan banyak tugas secara simultan (multitasking), serta mendukung memori virtual, dengan tetap mempertahankan kompatibilitas dengan banyak perangkat lunak MS-DOS yang beredar saat itu (meski tidak semuanya), serta dapat membaca semua cakram (disk) yang diformat dengan menggunakan format DOS.
10.Minix
Minix adalah sebuah sistem operasi keturunan UNIX yang bersifat open-source, yang dibuat berdasarkan arsitektur microkernel. Kernel sistem operasi ini dibuat oleh seorang profesor di Vrije Universiteit Amsterdam, Belanda yang bernama Andrew Stuart Tanenbaum yang pada awalnya ditujukan untuk tujuan edukasional. Minix juga menjadi inspirasi bagi Linus Torvalds untuk membuat kernel Linux.
Sejarah
Andrew Stuart Tanenbaum membuat Minix di Vrije Universiteit Amsterdam, Belanda untuk memberikan contoh bagi prinsip-prinsip dalam sistem operasi pada buku Operating Systems: Design and Implementation yang dibuat olehnya serta diterbitkan oleh Prentice Hall pada tahun 1987. Kode sistem operasi tersebut terdiri atas kira-kira 12000 baris, yang terdiri atas kernel, manajer memori, dan sistem berkas yang diulas di dalam buku. Sistem operasi ini kebanyakan ditulis dalam bahasa pemrograman C.
Tanenbaum pada awalnya mengembangkan Minix sebagai sebuah sistem operasi UNIX yang kompatibel dengan komputer IBM PC dan IBM PC/AT. Versi 1.5 dari Minix akhirnya di-port ke dalam arsitektur mikroprosesor Motorola 68000, yang digunakan oleh banyak platform populer seperti Atari ST, Amiga, dan Apple Macintosh. Selain x86, dan Motorola 68000, Minix juga dapat berjalan di atas Sun SPARC. Karena Motorola 68000 kurang sukses di pasaran, Minix versi 2.0 akhirnya kembali dibuat hanya dalam format x86 saja. Minix versi 3 telah dirilis, seiring dengan penerbitan buku Operating Systems Design and Implementation, Third Edition (Prentice Hall, 2006, ISBN 0-13-142938-8) yang dibuat oleh Tanenbaum beserta Albert S. Woodhull.
Kompilator yang digunakan untuk melakukan kompilasi Minix, merupakan sebuah kompilator yang diturunkan dari Amsterdam Compiler Kit. Saat ini, melakukan kompilasi terhadap kernel Minix belum mungkin jika menggunakan kompilator lainnya (gcc, atau kompilator lainnya).
11.ReactOS
ReactOS adalah sebuah proyek perangkat lunak yang bertujuan untuk mengembangkan sebuah sistem operasi yang kompatibel secara biner dengan perangkat lunak aplikasi dan device driver untuk keluarga sistem operasi Microsoft Windows NT 5.x dan yang lebih tinggi (Windows 2000 dan yang setelahnya). ReactOS merupakan salah satu perangkat lunak bebas yang menggunakan proses reverse engineering berupa clean room secara keseluruhan.
Meskipun proyek tersebut sedang dalam tahapan alpha, banyak aplikasi Windows yang telah dapat berjalan dengan baik. Hal ini memang dikarenakan antarmuka dengan aplikasi yang digunakannya sebagian besar berbasiskan Wine yang dapat melakukan emulasi terhadap lingkungan kerja Microsoft Windows yang telah berjalan stabil di dalam sistem operasi UNIX. Kernel ReactOS sendiri ditulis dari awal.
ReactOS sebagian besar ditulis di dalam bahasa pemrograman C, dengan beberapa elemen, seperti ReactOS Explorer, ditulis di dalam bahasa C++. Komponen-komponen ReactOS tersedia secara bebas di bawah GNU General Public License (GNU GPL), GNU Lesser General Public License (GNU LGPL), dan juga BSD License.
Sejarah
Sekitar tahun 1996, beberapa pengembang perangkat lunak bebas memulai sebuah proyek yang disebut sebagai FreeWin95, yang bertujuan untuk mengimplementasikan sebuah sistem operasi yang nantinya akan berupa kloning dari Windows 95. Proyek tersebut terhenti, pada saat diskusi tentang desain sistem tersebut.
Pada akhir tahun 1997, proyek tersebut masih belum merilis satu perangkat lunak pun. Para anggota proyek, yang dipimpin oleh Jason Filby yang bertindak sebagai koordinator, terpanggil untuk menghidupkan kembali proyek tersebut. Target proyek yang dibuat bukanlah membuat kloning Windows 95 seperti dahulu, tetapi Windows NT, dan nama proyek pun diubah menjadi ReactOS. Proyek ReactOS pun dimulai pada bulan Februari 1998, dengan dimulainya pengembangan kernel dan driver-driver dasar.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar